Tuesday, February 14, 2017

KALSIUM

Tok,  tok,  tok!

"Masuk! Pintu nda berkunci."

"Buat apa tu boss?"

Aku melebarkan senyuman umpama bunga mekar sekuntum, sambil melangkah berhati-hati ke arah  Diana a.k.a Lady boss.  Sudah  hampir 7 tahun saya memeras keringat di sini demi rezeki yang halal, berceloteh sendiri pula aku.

Mataku tidak berkedip-kedip melihat Lady boss yang tetap vogue berfesyen muslimah, meskipun umur sudah melebihi angka 50.  Yang pasti aku kagumi juga setiap langkah atur kakinya, masih lincah bak wanita muda.

Apa rahsia boss ni arr?

Sesaat melabuhkan diri di kerusi empuk berhadapan meja eksekutif mewah, haruman jenama Hugo Boss menari-nari lembut ke dalam rongga batang hidungku.  

"Tengah baca artikel ni. According to this article, badan kita tidak menghasilkan kalsium.  That's why kita mesti dapatkan kalsium daripada sumber-sumber pemakanan atau suplemen tambahan."

"Apa dia tu boss?" Aku menduga sebenarnya.

Kalsium boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan, termasuk:

 Produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt.
 Sayur-sayuran berdaun hijau seperti brokoli, bayam dan kangkung
 Ikan dengan tulang lembut yang boleh dimakan seperti sardin dan salmon
 Makanan dan minuman dalam tin yang diperkaya kalsium, seperti produk soya, bijirin dan jus buah-buahan.
 Kekacang seperti almond

"Untuk menyerap kalsium ke dalam tulang dan sendi, badan kita juga memerlukan Vitamin D dan Magnesium," Diana mengulas lanjut, matanya memanah tajam kearah ku seakan-akan meneka kefahamanku.  Tegas.

"Ok, ok I got it boss."

Diri ini tidak berminat membantah kata-kata Lady boss. 

Karya,
Bougainvillea Haisha

#Ostematrix
#kekalsihatkuat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...