FAQ







APA ITU PEMASARAN SOSIAL?
Pemasaran Sosial ialah model bisnes yang memberikan ganjaran kepada individu kerana mereka berkongsi mengenai kesihatan dan peluang menjana pendapatan kepada kawan-kawan dan keluarga mereka.  Perkara ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh berjuta-juta manusia – namun, tidak mendapat ganjaran – melalui laman web pemasaran social seperti Twitter dan Facebook.
Dalam model bisnes biasa, keuntungan syarikat tercipta apabila pelanggan melakukan pembelian yang kemudiannya keuntungan disalurkan bagi pengiklanan dalam television, radio, media cetak dan lain-lain bentuk iklan media massa.  Selanjutnya, iklan akan menarik lebih banyak pembelian daripada pelanggan. 
Dalam pemasaran social, Shaklee hanyalah menyalurkan kos iklan kepada Pengedar Bebas Shaklee untuk membantu mereka membina sekumpulan pelanggan setia dan dengan cara ini mereka boleh mengambil peluang perniagaan dalam industri multi-billion ini.
Lebih daripada 50 tahun lalu, pengasas kita Dr Forrest C. Shaklee tahu bahawa penjualan produk Shaklee melalui individu adalah satu bentuk pengiklanan yang terbaik bagi produk Shaklee.  Selain itu, beliau berpendapat bahawa memberikan pembayaran, sebagai tanda terima kasih, adalah cara terbaik untuk memberikan ganjaran atas usaha mereka berkongsi kebaikan Shaklee.
Dan melalui pendekatan yang radikal untuk mempunyai bisnes sendiri dan menentukan nasib dan masa depan sendiri, Shaklee telah membayar lebih daripada RM20 billion komisyen setakat ini.  Tidak pernah sekalipun Shaklee terlepas membuat pembayaran kepada pengedar-pengedarnya!

BOLEHKAH SAYA MENDAPAT PENDAPATAN YANG SIGNIFIKAN MELALUI BISNES DENGAN SHAKLEE SECARA HOME-BASED?
Ya, Benar.  Terdapat ramai orang yang telahpun sekian lama menjana pendapatan yang besar melalui perkongsian produk Shaklee, dengan hanya bekerja daripada rumah.  Dalam lebih daripada 50 tahun menjalankan bisnes, Shaklee telah membayar lebih daripada RM20 billion komisyen kepada pengedar bebas Shaklee dengan tidak pernah terlepas pembayaran sekali pun.
Pendapatan yang anda jana sebagai Pengedar Bebas Shaklee boleh memberikan kuasa kepada anda dan keluarga anda untuk mencapai matlamat yang diidam-idamkan – ataupun impian yang telah anda hentikan sebelum ini disebabkan anda tidak percaya anda boleh mencapainya.  Anda boleh menjana pendapatan yang cukup bagi pembayaran kereta, pembayaran hutang bank atau gadai janji, pembelajaran anak anda, mengelilingi dunia, atau membina kekayaan yang boleh diwarisi oleh anak anda, dan anak-anak mereka.

BOLEHKAH SAYA BERJAYA DALAM BISNES INI?
Sesiapa pun, tidak kira latarbelakang, boleh berjaya dengan Shaklee.  Struktur sokongan yang ada akan memberikan anda dengan maklumat – maklumat yang diperlukan dalam usaha bisnes anda ini; dan kejayaan boleh datang melalui perkongsian pengalaman Shaklee anda dengan orang lain, dan dengan membantu orang lain untuk mencapai impian kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan kewangan mereka.  Dalam Shaklee, anda boleh berjaya dengan membuat kebaikan yang tentunya akan memberikan anda perasan yang indah! 
Bagaimanapun, seperti juga perkara lain yang menberikan ganjaran dan pengiktirafan, kedua-dua kejayaan dan ganjaran adalah sejajar dengan usaha.  Adalah tidak benar bahawa anda akan mendapat ganjaran dengan tidak ada usaha.  Shaklee tidak menjamin kejayaan dan tingkatan pendapatan tertentu akan tercapai tanpa usaha anda sendiri.

BERAPAKAH JUMLAH WANG YANG BOLEH SAYA JANA DENGAN BISNES SHAKLEE?
Tiada had kepada apa dan berapa pendapatan yang anda boleh janakan dengan Shaklee.  Berapa jauh anda boleh pergi dan berapa jumlah pendapatan anda bergantung kepada usaha-usaha anda.  Pengedar teratas Shaklee di USA menjana lebih daripada sejuta US dollars dalam setahun.  Begitu juga pengedar berkedudukan Presidental Master Coodinator  (Pangkat tertinggi dalam Shaklee) menikmati purata pendapatan yang tinggi.  Lihat carta di bawah:



Bagi pengedar Shaklee di Malaysia, carta berikut menunjukkan pendapatan yang telah diperolehi:



Program ganjaran Shaklee memberikan ganjaran serta-merta, iaitu memberikan anda tunai segera dan selanjutnya akan membawa anda kearah ganjaran yang lebih besar sejajar dengan perkembangan bisnes anda.  Peluang sisa pampasan (residual compensation) jangkamasa panjang adalah juga sebahagian daripada program, termasuklah peluang menjana pendapatan melalui aras infiniti.
Ramai dalam Shaklee memilih untuk membina bisnes secara part-time untuk membantu pembayaran bagi perbelanjaan lebih seperti percutian keluarga, pembayaran kereta, atau tuisyen anak – anak.  Ramai juga yang memilih membina kerjaya yang memuaskan dalam Shaklee dengan sebab kebebasan untuk menentukan hari dan jam bekerja, matlamat dan sasaran pendapatan.  Tiada peluang lain yang menawarkan kepuasan dan ganjaran tinggi: home-based bisnes menawarkan kebebasan, potensi pendapatan yang tiada had, dan peluang untuk memberikan kelainan positif kepada dunia keseluruhannya.  Anda bebas membuat keputusan keatas pelaburan dan makna kejayaan anda.
Sekali lagi, pendapatan adalah bergantung kepada usaha anda.  Shaklee tidak menjamin kejayaan atau aras pendapatan tertentu akan tercapai.

APA LAGI YANG SAYA AKAN NIKMATI DALAM SHAKLEE?
Peluang Shaklee juga menawarkan gaya hidup terbaik, seperti peluang untuk menjana percutian mewah, pembayaran kereta idaman anda, pengiktirafan dan ganjaran lain.  Dalam pada itu, anda mendapat pengalaman yang seronok semasa melakukan bisnes Shaklee!
Pengedar Shaklee yang mencapai paras tertinggi, telahpun diraikan melalui trip berbayar Shaklee ke destinasi seperti seperti Kenya, Bora Bora, Hawaii, the Caribbean, the Mayan Riviera, dan Las Vegas.

APA BENTUK LATIHAN DAN SOKONGAN YANG DISEDIAKAN UNTUK SAYA?
Pengedar Shaklee menerima sokongan asas daripada dua jenis rakan dalam menjalankan bisnes Shaklee:
  • Upline
  • Shaklee Home Office
Daripada upline, pengedar menerima kumpulan atau one-on-one coaching dan, sementara itu, latihan rasmi disediakan melalui local dan regional meeting, juga melalui Global Conference, corporate-sponsored training Events dan sebagainya.
Shakle juga menawarkan latihan secara online kepada semua pengedar melalui Shaklee University.  Ia adalah percuma, tersedia 24/7, dan mengandungi koleksi kata – kata  bijaksana (wisdom) daripada top Shaklee Busines Leaders yang telah berjaya melakukan kejayaan mendapat pendapatan yang signifikan, keselamatan kewangan, kawalan tehadap nasib mereka, dan kebolehan untuk mendahulukan apa yang penting untuk mereka.

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK BERMULA?
  • Mendaftar sebagai AHLI GOLD AMBASADOR dengan pembelian sebanyak 400 UV bernilai RM1,300.  Ini cara yang digalakkan untuk memulakan bisnes Shaklee anda.  GOLD AMBASSADOR memberikan anda permulaan yang terbik.
  • Pilih produk – produk Shaklee yang sebagai permulaan untuk diambil atau untuk menggantikan produk jenama lain yang anda gunakan.
  • Mula gunakan produk dan rasakan KELAINAN SHAKLEE (Shaklee Difference).  Tidak lama kemudian, anda tentu akan bercerita kepada sesiapa saja mengenai kelainan dengan apa yang anda rasa dengan pengambilan produk Shaklee dan anda juga akan menggalakkan dan membantu mereka untuk mengalami pengalaman yang sama.
  • Baca dan semak semua bisnes tools yang terdapat dalam member kit anda.  Buat perancangan aktiviti dan jadualkan waktu untuk menemui upline anda untuk merancang dan membina pelan bisnes anda dan memulakan bisnes Shaklee secara rasmi.

BOLEHKAH SAYA MEMBELI PRODUK TANPA MENJADI PENGEDAR ATAU MEMBINA BISNES?
  • Ya, boleh.  Anda boleh membeli produk dengan harga runcit ATAU anda boleh sertai Shaklee sebagai ahli dengan membayar keahlian dan kit ahli berharga RM65, dan kemudian boleh membeli produk dengan harga diskaun.
  • Anda juga boleh sertai sebagai pengedar dan berkongsi produk    Shaklee, dengan peluang untuk menjana pendapatan tambahan. 


Sekiranya berminat untuk mengambil peluang Bisnes Shaklee ini:







 COOLMOMMI.COM

  Live the extraordinary life !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...