KESAN – KESAN
KEKURANGAN PROTIN
Badan kita memerlukan
kemasukan harian protein kerana ia tidak menyimpan rizab lebihan pemakanan asid
amino – iaitu blok binaan protein - sebagaimana ia menyimpan lebihan karbohidrat atau lemak yang
kita makan.
Protein adalah komponen semua
sel-sel badan yang menyokong pertumbuhan otot , kesihatan imun dan peredaran
darah, struktur tisu , fungsi endokrin dan tindak balas enzim.
Oleh itu, tanpa protein yang
mencukupi dalam diet harian, badan boleh mengalami beberapa kesan negatif
seperti berikut:
Fungsi Imun
· Protein adalah satu komponen penting sistem imun yang
terdiri daripada sel-sel darah putih , antibodi, protein darah dan pelbagai
molekul imun, termasuk Interferon , interleukin , chemokines dan cytokines.
· Protein ini bekerjasama untuk menyerang penceroboh
asing, samada yang berbentuk biologi seperti bakteria atau virus dan kimia atau
yang berbentuk ancaman fizikal seperti toksin atau serpihan di kaki anda.
· Kebanyakan protein imun dikeluarkan segera apabila diperlukan
, misalnya untuk menghadapi jangkitan yang menyerang secara tiba-tiba.
· Kekurangan protein pemakanan boleh menjejaskan
keupayaan anda untuk menghasilkan molekul imun yang cukup bagi menangani bahaya
dan boleh membawa kepada jangkitan atau penyakit yang lebih kerap dan teruk.
![]() |
| Kekurangan Protin Boleh Memberi Kesan Kepada Sistem Imun. |
Tisu Otot
· Salah satu kesan awal pengambilan rendah protin adalah
penurunan jisim otot, yang memberi kesan kelemahan fizikal.
· Apabila tidak mengambil asid amino yang mencukupi untuk
mensintesis protein baru, badan akan memecahkan gentian otot-otot yang ada dan
menghantar asid amino tersebut ke sel-sel yang lebih memerlukan protein dengan segera.
· Lama kelamaan , pengurangan otot-otot akan berlaku.
· Kesan ini ketara kepada orang dewasa yang bukan sahaja
mengambil terlalu sedikit protein tetapi juga yang tidak bersenam.
· Namun, kehilangan jisim otot boleh berlaku pada
sesiapa yang tidak mengambil cukup protin.
Kesihatan Tulang
· Jumlah protein dalam diet anda boleh memberi kesan kepada
tahap kalsium badan anda.
· Diet yang rendah protein boleh memberi kesan negatif
kepada keupayaan saluran pencernaan untuk menyerap mineral kalsium ini,
mengakibatkan bahan perkumuhan meningkat dalam air kencing.
· Ini memberi kesan sedikitnya kalsium yang diserap oleh
badan.
· Akibatnya, sistem tulang rangka boleh menjadi sumber
sokongan untuk pengambilan kalsium, kerana sel-sel perlu mengekalkan tahap
kritikal nutrien kalsium untuk fungsi optima badan.
· Menurut laporan, individu dengan pengambilan protein
yang tidak mencukupi lebih mengalami penurunan kepadatan tulang dan kehilangan
pesat massa tulang.
· Jadi, makan terlalu sedikit protein boleh melemahkan
tulang.
==========
☑ CARA ORDER
==========
☏ SMS/WHATSAPP: 019 851 1188
✉ EMAIL: cool.mommi@yahoo.com


